KenaLi kAnseR yG bOleH mEnyeRang PANCAINDERA...!

Kekurangan fungsi dan penyakit terhadap pancaindera sedikit sebanyak mengganggu kita untuk berinterkasi dgn org lain dan persekitaran.. Tetapi, dengan kemajuan pelbagai teknologi, byk mslh yg dihadapi berjaya diatasi dengan pembedahan atau pemindahan organ walaupon ia sejenis kanser..

Lets we knows the types of canser dan rawatan yang sesuai jika ia menyerang pancaindera kita iaitu lidah, hidung, mata, telinga dan kulit..


LIDAH
Kanser lidah di Malaysia berada di tangga ke-6.. 5.2% ditemui dalam kalangan lelaki india dan 7.7% dalam kalangan wanita india..

Punca
✓ Tembakau (tindakan mengunyah atau menyentil tembakau)
✓ Perokok
✓ Minum alkohol berlebihan
✓ Menyentil pinang
✓ Terdedah pada pancaran matahari berlebihan


Tanda-tanda
☹ Ulser mulut yang tidak sakit dan tidak sembuh selepas rawatan.
☹ Ulser mulut tidak sembuh lebih dr 3 minggu.
☹ Gumpalan tisu yg tidak susut selepas rawatan.
☹ Tompokan putih atau merah di bahagian mulut.
☹ Kebas pada bahagian lidah yang berpanjangan.
☹ Kepayahan untuk menelan, menggerakkan rahang atau lidah.
☹ Kesakitan di bahagian dalam kerongkong yang berpanjangan.
☹ Bengkak pada rahang dan leher lebih dr 3 minggu.
☹ Tiada selera makan dan berat badan menurun.
☹ Halitosis atau nafas berbau.

Rawatan
Rawatan bg kanser mulut ialah pembedahan. Pembedahan yang dilakukan pada kanser mulut tahap 1 dan 2 mempunyai peluang pemulihan yang tinggi namun bakal meninggalkan kecacatan muka yang sedikit. Sel-sel kanser mulut biasanya merebak ke bahagian limfa dan aliran vena bahagian kepala dan leher. Oleh itu, pembedahan akan melibatkan tisu-tisu kanser dan sistem limfa sekelilingnya.




HIDUNG
Kanser nasofaringeal (hidung) merebak di dalam nasofarink iaitu satu bahagian di belakang hidung dan di atas tekak. Ia terletak betul-betul di bawah dasar tengkorak dan hanya sedikit di atas lelangit lembut. Terdapat berjenis-jenis ketumbuhan atau tumor yang boleh merebak di dalam nasofarink sama ada benigna yang tidak berbahaya atau berbahaya. Ketumbuhan yang berbahaya ini boleh menembusi sekeliling tisu dan kemudiannya merebak ke bahagian tubuh badan yang lain.



Siapa yang berisiko..??
~~~ Lelaki. Ketumbuhan adalah 3 kali lebih besar di kalangan lelaki berbanding wanita.
~~~ Berusia lebih 35 tahun. Satu umur yang secara relatifnya adalah awal untuk satu-satu kanser berkembang.

Punca
✓ Berkemungkinan disebabkan faktor genetik dan persekitaran.
✓ Kekerapan memakan jeruk.
✓ Makan makanan yang tinggi kandungan garamnya.


Tanda-tanda (awal)
☹ Terjadi titisan hidung.
☹ Masalah hidung berdarah.
☹ Hidung tersumbat.
☹ Masalah pendengaran di sebelah telinga atau rasa berdesing di sebelah atau kedua-dua telinga.

Tanda-tanda lain
☹ Penglihatan menjadi berganda atau kabur akibat serangan saraf-saraf yang mengawal pergerakan mata.
☹ Pening kepala.
☹ Rasa kebas di separuh bahagian muka.
☹ Mengalami masalah pertuturan.
☹ Terdapat ketulan di leher.

Rawatan
** Peluang untuk menyembuhkan kanser nasofaringeal adalah tinggi, iaitu di antara 80 hingga 90 peratus sekiranya ia berjaya dikesan pada peringkat awal lagi.

Doktor akan menggunakan kaedah endoskopi, ujian imbasan tomografi berkomputer (CT scan) atau pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk mengenalpasti ketumbuhan tersebut. Rawatan radiasi dan kimoterapi adalah rawatan standard untuk memulihkan penghidapan barah nasofaringeal. Pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya insiden kanser nasofaringeal berulang semula setelah pesakit diberikan rawatan radiasi.




MATA
Ia juga dikenalpasti sebagai 'retinoblastoma' iaitu sejenis ketumbuhan yang bermula dari sel-sel retina dan akhirnya menjadi kanser.

Tanda-tanda
☹  LEUKOCORIA
~~ Anak mata kelihatan berwarna putih. Ia adalah warna kanser tersebut yang telah membesar dalam ruang mata.


JULING
~~ Kanser menyebabkan fungsi melihat hilang, akibatnya mata menjadi malas dan juling.

GLAUKOMA
~~ Tekanan introokular mata menjadi tinggi kerana ruang mata terisi ketumbuhan. Bagi kanak2 di bawah usia 4 tahun ia menyebabkan bola mata membesar.

☹ Mata menjadi merah tanpa sebab atau kecederaan.
☹ Proptosis, mata menonjol kerana kanser telah merebak keluar dari bola mata.




TELINGA
Biasanya kanser telinga dikaitkan dengan masalah kanser otak. Petanda awal ialah bunyi berdesing dalam telinga atau dikenali sebagai tinnitus. Rawatannya ialah melalui pembedahan dan juga kemoterapi yang sesuai.

Jika disebabkan masalah seperti tahi telinga, telinga bernanah dan sebagainya, masalah ini dikenali sebagai tinnitus.

Namun, ia akan hilang dengan cara membuang tahi dan nanah tersebut. Ia jugaboleh diubati dengan antibiotik. Jika pesakit mengalami masalah pada koklea pula, mereka tidak akan mendengar langsung sebarang bunyi sama ada dari luar atau dalam.

Punca
✓ Sukar tidur malam
✓ Kepenatan
✓ Mood tidak stabil
✓ Stress

Rawatan
Keadaan tinnitus tidak boleh dirawat atau diubati tetapi individu boleh mengawalnya dengan cara menerima keadaan tersebut dengan hati yang tenang. Dalam hal ini, penghidap mungkin perlu mendapatkan bimbingan psikologi bagi membantu mereka mengawal keadaan agar tidak runsing dan risau.


Penggunaan topeng tinnitus dan alat bantuan pendengaran juga mampu menangani keadaan itu namun ia tidak boelh mengatasi masalah sepenuhnya.


Dalam mengelak masalah tinnitus, setiap individu disaran untuk menjalani gaya hidup seihat. Selain itu, penyakit seperti diabetes dan darah tinggi boleh mengganggu deria pendengaran sekaligus mendedahkan penghidapnya kepada masalah tinnitus.






KULIT
Rawatan kulit bersifat benigna (tidak berbarah) atau malignan (berbarah). Ada tiga jenis barah kulit, iaitu barah sel asas, sel barah skuamas dan melanoma malignan.

Rawatan
Rawatan untuk barah kulit berbeza mengikut kedudukan, tahap, kelangsungan barah serta kesihatan keseluruhan pesakit. Dalam kebanyakan kes, doktor akan mengambil satu bahagian kecil tisu luar biasa yang dipanggil biopsi. Tisu tersebut diperiksa di bawah mikroskop oleh ahli dermatopatologi untuk menentukan jenis-jenis penyakit seterusnya menentukan rawatan yang sesuai..



sekian dr aku untuk kali ini..
penat woo taip bende ni..huhu
ape2 pon, smoger korang enjoyyyy...!!








No comments:

Post a Comment

thX foR ur CommEnt.!