Kat bawah ni, aku sediakan list makanan yang meningkatkan kesihatan otak secara keseluruhan....~~~
TIRAM
Jika anda suka makanan laut, tentu anda suka dengan makanan dari jenis cengkerang ini. Menurut kajian yang dijalankan, makanan ini sangat bermanfaat untuk otak. Tiram kaya dengan zat besi dan membantu untuk menajamkan pemikiran seseorang. Dalam 100 gram tiram, ia mengandungi protein sebanyak 11 gram protein, dan 4 gram lemak dan D (calciferol). Mineral yang terkandung adalah besi, sodium, magnesium, kalsium, zink, dan lain-lain lagi.
BIJIRIN GANDUM PENUH
Beras merah, oatmeal, roti whole grain dan gandum adalah antara kumpulan dalam makanan ini. Ia bekerja untuk meningkatkan aliran darah ke otak. Makanan berbentuk bijirin ini mengandungi banyak vitamin B6 di dalamnya. Menurut para pengkaji ilmiah, memori seseorang mula menurun ketika usia menjangkau akhir 60-an dan di awal 70-an. Jadi, bijirin sangat bagus untuk usia sebegini.
TEH HIJAU
Minuman ini bermanfaat bagi otak kerana ia mengandungi catechin. Pernahkah korang mengalami hari-hari di mana korang berasa letih dan lesu..???? Ia berkemungkinan korang kekurangan catechin dalam otak. Catechin bermanfaat untuk menjaga pemikiran agar sentiasa tajam dan segar.

TELUR
Semakin meningkat usia, otak manusia semakin lemah. Tetapi kita boleh menanganinya dengan rutin memakan telur. Telur mengandungi banyak vitamin B12 serta lesitin. Meskipun begitu, telur tidak sihat sekiranya pengambilannya terlalu banyak. Kuning telur tinggi kolestrol. Cukup 1-2 biji sahaja sehari.
REMPAH-REMPAH
Rempah terdapat dalam pelbagai jenis masakan. Ada rempah kari, ketumbar, kunyit, jintan putih, kayu manis dan macam-macam lagi. Rempah-rempah ini bertujuan untuk menjadikan otak kekal segar sepanjang masa. Sebagai bahan utama, serbuk kari penuh dengan antioksidan yang membantu melawan penuaan otak dan memelihara fungsi 'kognitif' saat usia bertamah.
BUAH BERRY
Blueberry sangat baik dalam meningkatkan kemampuan belajar seseorang. Kebanyakan berry termasuk blueberry, balckberry, raspberry, dan lain-lain, penuh dengan antioksidan yang sangat baik untuk meningkatkan kesihatan otak. Ia dapat membantu mengembalikkan efek penuaan pada otak dengan makan buah ini sekali sehari. Kebanyakan berry mengandungi fisetin dan flavenoid, yang sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan.
KEKACANG
Mencari snek kecil sekaligus baik untuk otak anda...?? Ambillah snek dr kekacang dan biji-bijian seperti kacang hazel, almond, walnut, biji bunga matahari dan jenis kekacang yang lain. Kekacang dan biji-bijian penuh dengan asid lemak Omega-3 dan Omega-6, folat, vitamin E dan vitamin B6. Semua nutrisi ini membantu anda berfikir dengan lebih positif. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya untuk kanak-kanak.
SAYURAN BERDAUN HIJAU
Sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain sangat baik untuk otak anak-anak dan orang dewasa. Makanan ini pula penuh dengan vitamin B6, B12, dan folat yang merupakan senyawa penting yang diperlukan di dalam otak. Sayuran ini jugak mengandungi zat besi yang tinggi.
IKAN
Ikan secara keseluruhannya sangat bermanfaat untuk kesihatan terutama untuk otak. Ikan penuh dengan khasiat Omega-3 sekaligus dapat mengurangkan penyakit alzheimer. Omega-3 juga menyediakan lebih banyak oksigen ke otak, serta memungkinkan seseorang untuk menyimpan informasi baru sementara masih mengingat informasi lama. Ikan terbaik untuk kesihatan otak adalah ikan salmonn dan tuna.
COKLAT
Coklat sangat bergizi pada perkembangan otak. Para ilmuwan telah membuktikan bahawa kandungan antioksidan yang ditemui dalam dua atau tiga senduk sudu makan serbuk coklat itu lebih kuat daripada antioksidan yang terdapat dalam makanan lain.
Smpai stkat ni je dulu ekkk..
len kali, aku post bende len plak ekk..
Tata...









No comments:
Post a Comment
thX foR ur CommEnt.!