wah3..... tajuk dye arini...kemain lagi naaa.. hehehe.. ala, betol ape.. sape nk ade jerawat kan..?? cube tye, sape nk jerawat dekati dirinya... kadang2 tu, jerawat baru je acah2 nk klua, da gabra semacam... kihkihkih lagi satu, nak2, si jerawat ni nk muncul tyme kite nk jumpe kwn ke, kekasih ke ataupon ade event ape2 ke yg mnybbkan kite berasa malu untuk menunjukkan muka...
Tapi, kalo sesape yg baik hati nk menumpangkan jerawat hinngap pada dirinya, aku x tau la kan... mungkin fius ade yg putus kot..heheehe (eh, jgn sesape nk kecik aty plak tau...xde kene mengene dgn sesape pon tau).
ok3.. aku kalo dah membebel, susah nk berhenti.. Meh, ikuti penulisan aku di bawah ni tentang tips2 hindari jerawat..@_@
Jangan berjemur di bawah terik matahari
Sinar UV boleh menyebabkan kulit berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan berkedut. Terdapat juga produk jerawat seperti retinoid topikal yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas berjemur.
Jangan picit..!!
Sekiranya anda memicit jerawat, ia bukan sahaja bertambah teruk malah boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat yang mahu tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda gunakan untuk memicit jerawat tersebut. Itu pon selepas jerawat itu sudah masak.Elakkan menyentuh wajah
Menyentuh atau meraba muka boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk terutamanya ketika berpeluh. Oleh itu, pastikan anda membasuh muka setiap kali selepas anda berpeluh.
Minum banyak air..!!
Minun air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A dan juga vitamin E. Inilah dua vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda. Sayur-sayuran hijau dan berdaun seperti sawi dan juga brokoli kaya dengan vitamin E. Vitamin A pula boleh dijumpai di dalam buah-buahan dan sayuran yang berwarna seperti lobak, buah pic dan sebagainya.
Gunakan sabun bebas minyak
Sabun bebas minyak tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupon bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label oil-free, nonacnegenic, atau non-comedogenic.
Elakkan cuci muka berlebihan
Kulit yang kotor bukanlah punca utama munculnya jerawat. Jika anda mencuci muka terlalu kerap dan kasar, ia akan menyebabkan muka mudah luka dan sensitif. Malah, ia boleh menyebabkan jerawat lebih parah. Skrub dan sabun yang mempunyai kandungan kimia serta kasar jugak boleh merosakkan kulit wajah. Sebaiknya, basuh muka terutama di tempat yang banyak jerawat dua kali sehari dengan sabun yang sesuai dan juda air yang bersih.
Jangan takut makan makanan kegemaran
Ia hanya mitos jika anda menganggap makanan berminyak dan coklat boleh menyebabkan jerawat. Jerawat berlaku apabila liang-liang muka tersumbat dengan minyak, sel-sel kulit dan juga bakteria yang menyebabkan keradangan. Sekiranya terdapat jenis-jenis makanan yang menyebabkan mudahnya pertumbuhan jerawat, elakkan makanan tersebut. Tetapi anda tidak perlu menolak pizza dan juga coklat untuk mendapatkan kulit yang cantik.
Rambut tidak tutup muka
Jika anda mempunyai rambut panjang, pastikan rambut diikat supaya tidak menjadikan jerawat anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Tahukan anda, rambut mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka walaupon anda tidak menggunakan sebarang produk rambut.
Elakkan kosmetik berasaskan minyak
Elakkan terutamanya kosmetik yang banyak berasaskan minyak. Kosmetik yang berkrim biasanya akan menyebabkan liang kulit tersumbat. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya ringan seperti bedak. Oleh itu, kemungkinannya lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. Sebelum dan selepas anda bersolek, cuci muka terlebih dahulu.
'Sunscreen' Bebas-minyak
Sunscreen atau pelembap yang mempunyai sun protection factor (SPF) 15 ataupun lebih tinggi menyediakan perlindungan meluas dari sinaran ultraviolet (UVA) dan juga UVB. Gunakan produk mempunyai label non-comedogenic. Ia juga mengelakkan liang kulit daripada tersumbat.



wooo...my twins...x sangka dapt ketemu di blog..
ReplyDeletexthu plk dinie ade blog...
nk godek2 skit blog dinie...pink...
wooo...comey2
samela...aku pon x sangke dpt jumpe di blog..hahaha.... x la comey sgt ehhh...blog aku x active sgt sbb xdak ms nk care sgt...huhuhu..rmai follower mung..gane yg byok ngat uhh..huhuhu
Deletehoho...ramai la sgt dinie..
ReplyDeletehihi...x dop keje cari kje..
biasa join contest je...x de ape2 pun
bnyk info dlm blog dinie..
bst..terbaik
join contest...??? mcm mane nk join..??? aku mmg buat blog dr zaman dulu...tp, aku jarang2 bukak...xdak mse...huhuhu... aku x reti mane lah blog2 ni...nnti ajar2 la aku... =)
Delete