Diet tidak hanya membiarkan perut ada lapar.. Anda masih boleh mengambil kudapan dan makanan yang membolehkan anda kenyang tanpa kalori yang berlebihan. Mungkin makanan ini WAJIB anda ambil jika ingin mengurangkan berat badan tanpa kelaparan.
Jadi, kat bawah ni, aku sediakan 6 jenis makanan yang anti gemuk.. Bagi sesape yg da lagi sikit nk jadi mcm pear, eloklah makan maknan ni tau..huhuuu
BIJI-BIJIAN
Menurut penelitian dalam Journal of The American College of Nutrition mendapati pengambilan biji-bijian akan membuatkan berat badan anda ringan sebanyak 3kg. Selain itu, biji-bijian mudah dicerna lebih lambat sehingga anda merasa kenyang lebih lama.
OATMEAL
Oatmeal akan memperlambatkan proses pencernaan. Untuk sarapan, pilihlah oatmeal untuk memangkah pengambilan gula dan lemak.
SALAD
Isi mangkuk anda dengan sayuran berdaun hijau kerana ia mengandungi kalori yang sangat rendah. Pengambilan sayuran sebanyak 460g = 20 kalori dalam badan. Makanlah sayuran ini sebelum makan malam kerana ia membantu untuk mengurangkan pengambilan makan malam yang lebih sedikit.
BUAH PIR
Buah pur mengandungi air yang tinggi beranding dengan epal. Kombinasi air dan serat membantu anda merasa kenyang. Buah ini amat sesuai untuk dijadikan snek kerana ia mengenyangkan dan lambat dicernakan.
POPCORN
Ia adalah makanan yang mengandungi kalori yang sangat rendah, jika tidak dicampurkan dengan mentega dan garam. Pengambilan 740g popcorn = 100 kalori dalam badan.
SUP
Untuk mengisi perut yang cepat lapar, sup adalah pilihan yang tepat. Pilihlah sup yang ringkas, rendah lemak dan kalori. Tambahkan sayuran biji-bijian dan whole grain untuk meningkatkan kandungan seratnya.
No comments:
Post a Comment
thX foR ur CommEnt.!